Buat akhi wa ukhtina yang ingin tag or share dipersilahkan bebas
silahkan bantun sahabat yang lainnya
semoga bermanfaat
syukron jiddan aidan
ETIKA DALAM PERGAULAN
=================
taaruf atau saling mengenal menjadi suatu yang mungkin wajib untuk kita
untuk melangkah keluar untuk bersosialisasi dengan orang lain. Taaruf
juga dapat membedakan sifat, kesukuan, agama, kegemaran, karakter dan
semua ci...ri khas pada diri seorang. Berikut ini cara bergaul dalam
islam yang diajarkan:
1. Menundukkan pandangan: ALLAH
memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana
firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH
berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka
menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat; ALLAH berfirman dan jangan lah mereka mennampakkan
perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah
mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nuur: 31) Juga Firman-NYA;
Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah
dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nuur: 59).
Perintah menutup aurat
juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri .a.
berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang
aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita; Kalau ada sebuah
keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik
tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta
sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.
(Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan
Perempuan; Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW
bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah
salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana
syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi
dengan sanad yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan
(Percakapan): Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika
berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri
Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu
bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang
menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya
tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)..
Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan
oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita
mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain
tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara
dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. Contoh
lewat telepon dll.(Tafsir Ibnu Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh
Kaum Berlawanan Jenis; Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada
menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat
Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam
hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh
wanita yang tidak halal baginya.
(Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah
SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting
seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,
tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali
meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah
sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana
apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan
menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu
Hurairah .a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan
untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya.
Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa
berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau
mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang
boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.
Barakallahu....
wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh
0 komentar:
Posting Komentar